Inspire Counseling & Training Consultancy (INSPIRE) merupakan sebuah syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan bernombor pendaftaran CA0304085-P. Sebelum INSPIRE didaftarkan dengan nama tersendiri, ia terlebih dahulu bergerak dengan menggunakan nama Changlun Counselling Center & Consultancy (CCCC) bermula pada 24 Oktober 2017. INSPIRE merupakan sebuah syarikat yang menumpukan kepada bidang perkhidmatan. INSPIRE menyediakan perkhidmatan sesi kaunseling dan program-program perkembangan kendiri individu, pasangan dan institusi kekeluargaan, pekerja dari organisasi serta pembangunan kendiri dalam komuniti secara holistik. Perkhidmatan-perkhidmatan seperti ini diberikan keutamaan bagi membantu mempertingkatkan modal insan masyarakat umum, golongan profesional dan para pelajar di Malaysia pada masa kini. Selain itu, perkhidmatan seperti ini membuka ruang kepada semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan pendedahan ilmu yang lebih luas serta membimbing mereka berhadapan dengan realiti kehidupan dengan lebih baik.
VISI kami ialah menjadi sebuah pusat utama dalam menyediakan program-program pembangunan kendiri dan latihan insaniah bagi menghidupkan nilai sosial dalam diri individu dan masyarakat seiring perkembangan revolusi industri 4.0.
MISI kami adalah untuk membantu masyarakat mempertingkatkan pengetahuan, kesedaran diri, kemahiran dan kebolehan diri secara holistik melalui program-program serta perkhidmatan kaunseling bagi membina kesejahteraan hidup mereka.